HALAMAN SANTAI

Jumaat, 27 Januari 2017

Agenda perjuangan berbeza: Pas tutup rundingan dengan DAP

MALAYSIA DATELINE
 
 


Pas sudah menutup pintu rundingan dengan DAP kerana agenda perjuangan yang berbeza, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 New Straits Times melaporkan, Abdul Hadi berkata Pas bukan hanya mahu menang pilihan raya tetapi juga membawa perubahan dalam masyarakat.

DAP pula kata ahli parlimen Marang itu, telah menunjukkan 'wajah sebenar' mereka kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang.

"Kami (Pas) bukan hanya bercakap tentang memenangi pilihanraya tetapi kami mahu membawa perubahan. Agenda kami berbeza," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang, Terengganu, hari ini.

Ditanya tentang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Abdul Hadi berkata Pas sedia mengadakan perbincangan untuk membentuk kerjasama.

"Kita boleh bincang. Ini negara demokrasi," katanya.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Timbalan Mursyidul Am Pas Datuk Ahmad Yakob pada petang Khamis.

Lidah rasmi Pas itu melaporkan pertemuan hampir dua jam itu diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10.

Laporan itu menyebut pertemuan antara perkara yang dibincangkan oleh Muhyiddin dan Ahmad itu termasuklah hal yang berkaitan kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

“Kerjasama ini amat penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 14 (PRU) yang lebih mencabar,” ujarnya lagi.

Muhyiddin juga dilaporkan turut memberitahu akan mengadakan satu lagi pertemuan dengan pemimpin tertinggi Pas, Februari nanti.

Pertemuan itu sebagai lanjutan hasil pertemuan yang pernah diadakan sebelum ini bagi membentuk kerjasama yang lebih erat.

Tiada ulasan: