HALAMAN SANTAI

Khamis, 26 Januari 2017

Mangsa banjir di Johor terus meningkat

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 8,130 orang daripada 2,277 keluarga yang ditempatkan di 73 pusat pemindahan sementara, berbanding 8,055 mangsa yang dipindahkan malam tadi. 
 
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga jam 6 pagi tadi, enam pusat pemindahan di daerah ini, Mersing dan Batu Pahat sudah ditutup. 
 
Katanya, daerah Segamat mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 6,206 orang daripada 1,781 mangsa yang ditempatkan di 54 pusat pemindahan. 
 
Ayub berkata, di daerah Tangkak 1,534 mangsa daripada 392 keluarga ditempatkan di 12 pusat pemindahan. 
 
"Di Kluang, 211 mangsa daripada 56 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 
 
Ayub berkata, di Muar, 174 jumlah mangsa daripada 45 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan, manakala di Kota Tinggi lima mangsa daripada tiga keluarga masih berada di satu pusat pemindahan.
 
 

Tiada ulasan: