HALAMAN SANTAI

Sabtu, 28 Januari 2017

Polis buru pemandu Myvi halang ambulans

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
SHAH ALAM: Polis sedang memburu pemandu sebuah Perodua Myvi yang menghalang ambulans di laluan kecemasan di Lebuhraya Persekutuan.
 
Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata pihak polis menggesa pemandu berkenaan tampil segera bagi membantu siasatan.
 
"Saya juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam, semalam.
 
Terdahulu, video yang memaparkan sikap tidak bertanggungjawab pemandu berkenaan dimuat naik di Facebook sehingga menjadi viral.  
 
Dalam video berdurasi dua minit dan lima saat yang dirakam menerusi kamera papan pemuka pada ambulans berkenaan menunjukkan Myvi tersebut menggunakan laluan kecemasan meskipun siren ambulans jelas kedengaran.
 
Pemandu kenderaan tersebut juga dilihat enggan beralah pada ketika kenderaan lain memberikan laluan mereka.
 
Lebih 'biadap', pemandu tersebut secara tiba-tiba menekan brek sehingga hampir menyebabkan pelanggaran dengan ambulans berkenaan, sebelum dia memecut laju. 
 
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis di talian 03-2052 9999 atau ke balai polis berhampiran.
 
 

Tiada ulasan: