HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Januari 2017

PAS kunjungi gereja, perjelas Akta 355

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
  
BUKIT MERTAJAM: PAS mengadakan pertemuan dengan penganut Kristian Katolik di Gereja St Anne’s, Bukit Mertajam semalam.
 
Mereka antaranya membincangkan cadangan parti itu untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang) Kuasa Jenayah) 1965.
 
Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai rombongan PAS bersama beberapa pemimpin tempatannya, selain aktivis NGO.
 
Pihak gereja pula diketuai oleh biskop Sebastian Francis.
 
“Ia pertemuan mesra antara pemimpin PAS, wakil NGO dan rakan-rakan Katolik kita,” kata penyelaras antara agama PAS Abdul Rahman Kassim
 
Rahman berkata Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menjelaskan usaha PAS untuk meminda undang-undang dikenali sebagai Akta 355 itu.
 
Usul dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bertujuan menambah hukuman maksimum Mahkamah Syariah kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan hukuman 100 sebatan.
 
 

Tiada ulasan: