HALAMAN SANTAI

Isnin, 30 Januari 2017

BAGAIMANA PAS NAK MENANG 40 KERUSI?

shahbudindotcom


Presiden Pas, Hadi Awang dilaporkan mahu parti itu menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain itu, katanya, Pas juga perlu mempunyai kedudukan yang kukuh dan kuat melalui strategi mempertahankan Kelantan dan Selangor, selain memerintah semula Kedah dan Terengganu.

Besorrnya cita-cita  Hadi Awang dan Pas?

Tidak cukup dengan sebelum ini bertegas mahu 70 kerusi Parlimen yang ditandingi dalam pilihanraya 2013 lalu tidak diganggu, kini bercita-cita pula menang 40 kerusi daripadanya dan kekal berkuasa di Kelantan, berkongsi kuasa di Selangor serta menawan semula Kedah dan Terengganu.

Bolehkah semua impian itu dicapai?
 
 
 
 
Ketika Pas bersendirian dahulu, berapa banyak kerusi Parlimen yang pernah mereka menangi?

Jika kita masih ingat,  jumlah terbanyak pernah dimenangi Pas ialah pada pilihanraya 1999 dan 2008 iaitu 27 dan 23 kerusi Parlimen, manakala ketika bersendirian pula jumlah yang dimenanginya tidak pernah lebih daripada 10 kerusi.

Tetapi, apakah Pas sedar bahawa pada 1999 itu mereka bekerjasama dengan PKR dan mendapat laba selepas pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, manakala pada 2008  kerana dibantu dengan jalinan kerjasama bersama PKR dan DAP?

Ketika bersendirian dahulu dahulu, berapa negeri yang pernah ditawan oleh Pas?

Sekali lagi diingatkan bahawa  Kelantan dapat ditawan Pas pada 1990 melalui bantuan Semangat 46, Terengganu pada 1999 dengan bantuan PKR, manakala kejatuhan lima negeri pada pilihanraya 2008, termasuk Kedah dan Perak di mana Pas menjadi Menteri Besar adalah kerana wujudnya kerjasama dengan PKR dan DAP?

Oleh itu, untuk menang 40 kerusi Parlimen dan menawan beberapa negeri seperti yang disebutkan oleh Hadi Awang itu, bagaimanakah Pas mahu mencapainya?

Bersendirian juga atau mahu bekerjasama dengan lain-lain parti?

Ataukah kenyataan Hadi Awang kali ini merupakan tanda-tanda Pas memang ingin bekerjasama dengan PKR dan Bersatu serta mengharapkan bantuan secara tidak langsung oleh DAP dan Amanah yang sudah pun sedia menjalin persefahaman dengan PKR dan Bersatu? 
 
 
 

Tiada ulasan: