HALAMAN SANTAI

Rabu, 25 Januari 2017

Apabila pengawal keselamatan cuba merompak

Astro Awani
Apabila pengawal keselamatan cuba merompak
Pengawal keselamatan yang berjaya dihalang oleh pengawal keselamatan lain. - Foto: Sumber polis
 
SUNGAI PETANI: “Harapkan pagar, pagar makan padi”.

Seorang pengawal keselamatan sanggup menggunakan senjata api milik syarikatnya untuk merompak sebuah bank.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi tadi, suspek yang juga bekas tentera menggunakan pistol yang dibekalkan kepadanya untuk merompak bank terbabit.

Namun cubaan suspek tidak membuahkan hasil apabila pengawal keselamatan bank berjaya menggagalkan hasratnya selepas berlaku pergelutan antara mereka.

Anggota polis yang tiba dilokasi kejadian kurang seminit kemudian berjaya memberkas suspek.

Pengawal keselamatan terbabit mengalami kecederaan akibat terkena tembakan di kaki sewaktu bergelut dengan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa mengesahkan kejadian dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terperinci.

Suspek yang bertopi keledar berjaya ditahan manakala pistol jenis Smith Wesson yang digunakan untuk merompak juga berjaya dirampas.

Pengawal keselamatan terbabit kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan dilaporkan stabil.

Suspek kini telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Senjata yang digunakan oleh pengawal keselamatan yang cuba merompak. - Foto: Sumber polis
Senjata yang digunakan oleh pengawal keselamatan yang cuba merompak. - Foto: Sumber polis
 
 

Tiada ulasan: