Oleh Nur Atiqah Abd Samad
SHAH ALAM: MCA mempersoalkan keikhlasan veteran DAP Lim Kit Siang untuk
bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) demi menyelamatkan Malaysia.
Timbalan presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata kesediaan Kit Siang itu umpama 'ada udang di sebalik batu'.
"Apa
tujuan sebenar DAP? Dia (Kit Siang) nak mencabar MCA dan Gerakan perlu
dapat kebenaran PM yang juga presiden BN berjumpa beliau ataupun salam
perdamaian?
"Dia (Kit Siang) lontarkan perkara ini kepada masyarakat seolah-olah
nak selamatkan Malaysia, tapi kemudian dia seolah-olah nak cabar MCA,
Gerakan berani atau tak nak minta kebenaran.
"Kalau kita jawab, dia akan cakap kita macam-macam. Ini hanya sebagai
gerakan taktikal (bermula) nak damai dengan Hadi. Sebelum tu DAP bukan
main bercinta dengan Hadi kemudian talak tiga, sekarang nak damai pula
demi atas nama selamatkan Malaysia. Yang ini pun nak selamatkan Malaysia
tapi dengan muslihat politik," katanya kepada Antarapos.
Kit Siang semalam berkata beliau bersedia untuk berbincang dengan
pemimpin kanan MCA, Gerakan, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak bagi tujuan tersebut.
Bagaimanapun Kit Siang mencabar MCA dan Gerakan untuk berjumpanya dalam tempoh 72 jam tanpa meminta kebenaran Presiden BN.
Ka Siong berkata jika Kit Siang benar-benar ikhlas, beliau tidak akan
meletakkan apa-apa syarat dan tidak membuat cabaran sebegitu.
"Lim Kit Siang sekarang ni nak jadi TPM seperti yang diberitahu Tun M,
jadi sekarang dia tengah nak alih isu ni. Kemudian kata nak berdamai
dengan Hadi, pergilah tiada siapa halang," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan