SEPANG
– Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menyeru masyarakat supaya
memberi peluang kedua kepada bekas penagih dadah di negara ini agar
golongan itu boleh berjaya dan maju dalam bidang yang diceburi.
“Semua
orang melakukan kesilapan. Kita tidak harus bermasam muka dengan mereka
tetapi menyokong mereka agar menjadi individu yang lebih baik,” titah
baginda pada program ‘Hope & Prosperity’ bersempena sambutan Tahun
Baharu Cina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di
sini hari ini.
Tengku
Amir yang juga Presiden Eksekutif SAY mengingatkan bahawa kebanyakan
daripada orang yang berjaya akan membuat kesilapan dalam hidup tetapi
kuncinya adalah ‘untuk terus bangkit semasa anda jatuh’.
“Kita mahu
dan perlu belajar bersama-sama. Kita perlu menyokong antara satu sama
lain sebagai sebuah komuniti bagi membantu memudahkan peralihan mereka
(bekas penagih) selepas keluar dari rumah pemulihan untuk memulakan
rutin harian normal,” titahnya.
MoU itu
bertujuan membantu bekas penagih dadah dengan menyediakan program
latihan dan perantisan bagi penghuni yang menamatkan program pemulihan
selama dua tahun.
Raja Muda
Selangor kemudian dibawa melawat ke pusat latihan kemudahan AirAsia,
Pusat Kecemerlangan Penerbangan Asia, dan melihat simulasi penerbangan.
Bertitah
kepada pemberita selepas lawatan itu, Tengku Amir berharap lebih banyak
syarikat di Selangor akan bekerjasama dengan Majlis Penyalahgunaan Dadah
Malaysia dan memberi peluang pekerjaan kepada bekas penagih dadah.
Komuniti
SAY merupakan organisasi tidak berasaskan keuntungan dan bukan kerajaan,
bertujuan untuk mewujudkan masyarakat belia, oleh belia untuk belia. –
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan