shahbudindotcom
Menteri
Besar Selangor, Azmin Ali selalunya mengambil sikap berhemah dan lemah
lembut dalam memberi reaksi terhadap apa jua kenyataan pemimpin-pemimpin
Pas, apatah lagi jika berkaitan kerjasama dengan parti Islam itu.
Tetapi,
kali ini Azmin nampaknya lebih bertegas dan berterus-terang dalam
mengulas kenyataan Hadi Awang yang mahukan sesiapa mesti mengikut cara
Pas kiranya ingin bekerjasama dengan mereka.
Hadi
dilaporkan memberi syarat demikian kerana berpendapat Pas lebih lama
bertapak di negara ini serta telah melalui pelbagai pengalaman jatuh
bangun berbanding parti-parti lain.
Seperti
senada dengan kenyataan Tun Mahathir Mohamad beberapa hari lalu yang
menyatakan tempoh rundingan dengan Pas sudah berakhir, Timbalan Presiden
PKR itu menyifatkan adalah tidak demokratik jika diletakkan syarat
mesti mengikut cara Pas kepada mana-mana pihak yang ingin bekerjasama
dengan parti itu.
Kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku, itu bukan demokrasi, tetapi kuku besi, kata Azmin lagi.
Kehkehkeh...kan dan kena setepek!!
Bagaimana parti yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi mengamalkan ciri-ciri kuku besi?
Esok
pula difahamkan Bersatu akan mengadakan mesyuarat Majlis Tertingginya
dan antara agenda yang dijangka diputuskan ialah mengenai hubungan
muktamad parti itu dengan Pas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan