shahbudindotcom
Najib
Razak sebelum ini mendakwa wang AS$681 juta atau kira-kira RM2,600
juta yang diterimanya melalui akaun peribadi di Ambank adalah derma
daripada kerabat Diraja Arab Saudi.
WSJ
dalam pendedahannya, bagaimanapun membuktikan bahawa wang itu
disalurkan daripada akaun Tanore Finance, sebuah syarikat yang
didaftarkan di British Virgin Island dan dipunyai oleh Eric Tan.
Pemindahan wang tersebut dilakukan melalui Falcon Private Bank di Singapura.
Najib menerima wang itu pada Mac 2013, kira-kira dua bulan sebelum pilihanraya umum 2013 diadakan.
Peguam
Negara, Apandi Ali ketika membersihkan Najib daripada sebarang
salahlaku berkaitan penerimaan wang yang dikaitkan dengan 1MDB kemudian
mengatakan sebahagian besar wang itu iaitu AS$620 juta telah dipulangkan
kembali kepada pendermanya kerana ia tidak digunapakai.
Baiknya
hati Najib...barangkali hanya beliau seorang di dunia ini yang pernah
diberikan wang AS681 juta, tetapi kemudian memulangkannya kembali
sebanyak AS$620 juta kerana ia tidak digunakan!!
Pengembalian wang itu berlaku pada 30 Ogos 2013, sama tarikh dengan akaun Najib di Ambank ditutup.
Sarawak
Report dalam butirannya mendedahkan, wang itu sebenarnya dikembalikan
kepada Tanore Finance iaitu syarikat yang sama yang memasukkan AS$681
juta kepada Najib sebelum itu.
Mudah kata, Najib dapat AS$681 juta daripada Tanore Finance dan AS$620 juta kemudian dikembalikan kepada Tanore Finance juga.
Itu cerita yang mula heboh sejak 2015 dahulu dan masih menjadi bualan hingga sekarang.
Dua
hari lalu di mahkamah Singapura iaitu pada 11 Januari 2017, dalam kes
perbicaraan bekas Pengurus Cawangan Falcon Private Bank negara itu, Jens
Sturzenegger atas kesalahan berkaitan penggubahan wang haram, telah didedahkan bahawa Jho Low dan Eric Tan adalah orang yang sama.
Sturzenegger kini dihukum penjara 28 minggu dan didenda S$128,000 atas kesalahan yang dilakukannya.
Menurut
Channel News Asia yang mendedahkan maklumat perbicaraan itu, Jho Low
turut memberitahu Sturzenegger bahawa beliau sesekali menggunakan nama
Eric Tan untuk tujuan keselamatan.
Sturzenegger
juga menyedari nama Eric Tan itu bukan sekadar nama samaran atau nama
kedua, tetapi merupakan nama sebenar yang terdapat dalam pasport dengan
beliau melihatnya sendiri ketika proses membuka akaun di Falcon Private
Bank.
Bermakna, Jho Low paling mungkin mempunyai dua pasport, satu atas nama Jho Low dan satu lagi dengan nama Eric Tan.
Empat
akaun dilaporkan telah dibuka di Falcon Private Bank atas pelbagai
entiti korporat dengan Eric Tan dikenalpasti sebagai benefisiarinya atau
pihak yang berhak terhadapnya.
Dua daripada akaun berkenaan, Tanore Finance dan Granton, telah menerima kemasukan wang sebanyak AS$1.265 juta pada Mac 2012.
Apakah yang paling mudah untuk difahami berkaitan maklumat ini yang kini merupakan dokumen mahkamah di Singapura?
Ia
dengan sendirinya membuktikan bahawa AS$681 juta yang diterima Najib
itu adalah daripada Jho Low dan pengembalian AS$620 juta kemudiannya
adalah juga kepada Jho Low.
Ini
kerana Tanore Finance yang benefiasiarinya Eric Tan, sebenarnya adalah
Jho Low. Apabila Jho Low yang memberikan wang itu, maka tidaklah sukar
memahami daripada mana sumbernya.
Tidak
dibuktikan sama sekali wujudnya anak Raja Arab atau kerabat Diraja Arab
Saudi, sama ada dalam memberikan wang itu kepada Najib sebagai derma
atau menerimanya kembali kerana kononnya ia tidak habis digunakan.
Masalahnya, semua maklumat itu sekarang ada di Singapura dan sudah menjadi dokumen mahkamah negara itu.
Dua
kemungkinan boleh terjadi dengannya. Satu, pihak berkuasa Singapura
semakin dekat untuk "menjerat" Jho Low atau Eric Tan atas pelbagai
kesalahan, daripada berbohong, memberi maklumat palsu, penggubahan wang
haram, memiliki dua pasport atau sebagainya dan kedua, ia juga boleh
menjadi "senjata" kepada Singapura untuk menekan Malaysia dalam pelbagai
rundingan dan urusniaga bagi kepentingan mereka selagi negara ini
dipimpin oleh Najib.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan