Naib Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan. – Gambar fail Bernama
Ini kerana menurut rekod yang dikeluarkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, lebih separuh daripada projek perumahan terbengkalai terletak di Selangor.
Kata Nadzari, beliau sebelum ini pernah membangkitkan isu projek terbengkalai dengan bekas menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Dewan Undangan Negeri pada 2014.
“Saya tidak tahu sejauh mana kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Pentadbir negeri perlu proaktif dan mencari penyelesaian untuk pembeli.
Selain Bukit Sentosa, Nadzari berkata projek terbengkalai juga berlaku di Kampung Koskan, Batang Kali, Sungai Buaya dan Taman Rasa.
Menjelaskan keadaan asal, Nadzari berkata Daerah Hulu Selangor sepatutnya dibangunkan sebagai pusat komersial, tetapi apa yang berlaku kini adalah tempat tersebut kini dicemari pelbagai projek terbengkalai.
Projek perumahan, bangunan dan rumah kedai yang dalam pelbagai peringkat pembinaan, kini menjadi usang, diselaputi lumut, semak dan grafiti dengan berlatarbelakangkan landskap sunyi.
Beliau memberi contoh Bukit Sentosa yang sepatutnya dibangunkan menjadi pusat kegiatan ekonomi bagi membantu mengubah Hulu Selangor menjadi sebuah pusat komersial.
“Ia sepatutnya menjadi sebuah kawasan perindustrian bagi perniagaan berkaitan pengangkutan dan sektor runcit,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar turut menyalahkan premium tanah yang tinggi di Selangor sebagai punca sejumlah besar projek terbengkalai di negeri berkenaan.
Berikutan itu tegas Nadzari isu ini akan dibangkitkan dalam masa yang terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan