KUALA LUMPUR, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memaklumkan, dua dokumen penting
mengenai situasi minoriti muslim Rohingya di Myanmar, bakal
dipersetujui secara bersama menjelang Sesi Khas Majlis Menteri Luar
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), esok.
Beliau
berkata, keputusan sebulat suara oleh 57 delegasi negara anggota OIC itu
akan diterjemah kepada resolusi dan kenyataan akhir hasil mesyuarat
khas yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Katanya,
kenyataan akhir delegasi OIC mencakupi solidariti pertubuhan
antarabangsa berkenaan, selain ia bersandarkan beberapa aspek dan isu
semasa di Myanmar.
“Malaysia
akan memastikan kenyataan ini mempunyai elemen mendesak kerajaan Myanmar
supaya mematuhi peraturan antarabangsa dan mengambil langkah sewajarnya
dalam menangani krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di wilayah
Rakhine.
ke republik berkenaan,” katanya.
Mengulas
lanjut, Anifah berkata, intipati resolusi itu akan dibincangkan oleh
setiap delegasi negara anggota, namun Malaysia mempunyai beberapa agenda
tersendiri.
“Kita
ingin suarakan keprihatinan Malaysia berhubung tindakan keganasan dan
penindasan hak asasi manusia terhadap masyarakat Rohingya, selain kesan
limpah daripada perlakuan itu kepada negara jiran,” katanya.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak, antara lain dijangka mengadakan jamuan
tengah hari dengan semua ketua delegasi OIC pada jam 1 tengah hari,
esok.
Sesi khas
selama sehari itu turut merangkumi penerangan mengenai situasi semasa
etnik Rohingya yang akan dikendalikan Duta Khas OIC ke Myanmar, Tan Sri
Syed Hamid Albar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan