SHAH ALAM: Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan memberitahu Lim Kit Siang
bahawa media tertentu memutar-belitkan kata-kata beliau mengenai isu
DAP meminta jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang menang
pada pilihan raya umum akan datang.
"Mengenai persoalan mengenai jawatan timbalan perdana menteri, Mahathir
menjelaskan bahawa media tertentu telah memutar belitkan kata-katanya.
Beliau hanya berkata pernah mendengar cadangan sedemikian," menurut Ahli
Parlimen DAP Liew Chin Tong yang turut hadir dalam perjumpaan antara Dr
Mahathir dan Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini.
Bekas perdana menteri itu menjelaskan perkara itu dalam pertemuan
bersama pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pagi ini,
menurut Ahli Parlimen DAP Liew Chin Tong yang turut hadir dalam
perjumpaan itu.
Antarapos semalam memuatkan petikan ucapan Dr Mahathir
mengenai isu itu yang dibuat semasa mantan perdana menteri itu
menghadiri program di Yayasan Kepimpinan Putrajaya, pada malam Rabu.
Dalam ucapan itu, Dr Mahathir tidak membuat sebarang rujukan
menunjukkan bahawa beliau hanya 'dengar' hasrat DAP mengisi jawatan
Timbalan Perdana Menteri itu.
Sementara itu, Liew berkata, Kit Siang memaklumkan kepada bekas perdana menteri itu bahawa DAP tidak meminta jawatan tersebut.
Pada program malam Rabu itu, Dr Mahathir mendedahkan DAP ada meminta
jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau berkata DAP tidak meminta jawatan Perdana Menteri kerana akur
kaum Cina adalah golongan minoriti di negara ini namun meletakkan
harapan untuk mengisi jawatan kedua tertinggi negara.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak yang berkata DAP berupaya menguasai kerajaan
sekiranya rakyat memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PH) untuk
menawan Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan