shahbudindotcom
Berikut
disiarkan sebahagian daripada kenyataan, atau sebenarnya lebih tepat
merupakan bidasan oleh Tengku Mahkota Johor terhadap Ketua Penerangan
UMNO, Pengerusi MARA dan bekas Presiden bolasepak Kelantan, Annuar
Musa.
"Sebelum
menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan
saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan
mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa
untuk menaja pasukan The Red Warriors.
"Sewaktu
ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini,
masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red
Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara.
"Tidak
cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut
menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar
Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi
Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW
pada tahun itu.
"Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat."
Berdasarkan
apa yang dinyatakan oleh TMJ itu, sesiapa pun tidak ada keraguan untuk
mempercayainya kerana dakwaan yang dibuat turut disertakan dengan
bukti-buktinya sekali. Surat permohonan tajaan, cek dan slip bank,
semuanya ada disertakan bersama dan disiarkan di laman Facebook Johor
Southern Tigers.
Dengan
ini, Annuar Musa tidak ada pilihan lain selain tampil menjelaskan
kedudukan sebenarnya dan bagaimana semua itu boleh berlaku. Tidak ada
istilah "hujah bodoh" sebenarnya dalam menegakkan kebenaran.
Sejak
bila MARA, khususnya anak syarikat seperti Pelaburan MARA Bhd dan UniKL
memilih untuk menaja pasukan bola sebagai keutamaannya?
Bukankah
MARA dan Pelaburan MARA Bhd dipengerusikan oleh Annuar Musa sendiri,
manakala KAFA iaitu pasukan bolasepak Kelantan pula diterajui oleh
beliau juga?
Apakah
tindakan anak syarikat Mara menaja pasukan bola itu menunjukkan Annuar
sebenarnya belajar daripada Najib yang menjadikan 1MDB yang kabur
kewangannya, berhutang di sana sini dan entah untung entah tidak, tetapi
berbangga dapat menghantar orang-orang tertentu menunaikan haji ke
Mekah setiap tahun?
Sama
seperti bukan kerja kerajaan menghantar orang menunaikan haji kerana
rukun Islam kelima itu hanya menjadi kewajipan jika berkemampun,
sebenarnya bukanlah keutamaan Mara juga menaja sebuah pasukan bola.
Mara,
jika dilihat daripada asas dah tujuan penubuhannya, matlamatnya adalah
jelas dengan antaranya membantu Bumiputera dalam bidang pendidikan,
keusahawanan dan kemahiran.
Apa kaitannya menaja bola dengan matlamat meningkatkan pendidikan, keusahawanan dan kemahiran untuk rakyat?
Tentu
saja lebih memilukan kerana berikutan tajaan UniKL kepada pasukan
Kelantan itu turut menyebabkan biasiswa untuk pelajar-pelajar bagi tahun
2016 telah dikurangkan daripada RM2 bilion kepada RM1.3 bilion saja.
Bayangkan,
berapa banyak pelajar yang akan mendapat manfaatnya jika peruntukan
tersebut tidak digunakan untuk menaja pasukan bolasepak Kelantan?
Tindakan
Annuar, jika benar seperti yang didakwa oleh TMJ telah memaksa
Pelaburan Mara Bhd dan UniKL menaja pasukan bolasepak Kelantan yang
dalam waktu yang sama turut diterajuinya, bukan saja melukakan hati
rakyat kerana seolah-olah mengenepikan keutamaan memberi pendidikan
kepada golongan yang kurang berkemampuan, malah beliau juga seharusnya
disiasat oleh pihak polis dan SPRM atas kemungkinan berlakunya salahguna
kuasa dan konflik kepentingan berdasarkan jawatan-jawatan yang
disandangnya secara serentak itu.
Diharapkan
ada yang segera tampil membuat laporan kepada pihak polis dan SPRM agar
siasatan dapat dijalankan dengan segera terhadap beliau.
Lebih
molek jika Pemuda UMNO atau Gerakan Baju Merah sendiri yang paling awal
membuat laporan kerana tindakan itu dapat juga akhirnya menentukan
siapa benar dan siapa salah dan menghilangkan segala keraguan yang ada.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan