PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor tetap menegaskan untuk tidak membenarkan Himpunan 355 anjuran PAS
diadakan di Dataran Merdeka.
Sebaliknya Tengku Adnan sekali lagi mencadangkan supaya PAS
mengadakannya himpunan berkaitan Rang Undang-undang (RUU) Akta Mahkamah
Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 1965 di Stadium Titiwangsa,
Kuala Lumpur.
“Dataran Merdeka kita tidak akan benarkan, tidak kira siapa. Saya sudah
memberikan cadangan agar mereka (PAS) menggunakan Stadium Titiwangsa
seperti yang dilakukan semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya,”
katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata, kementerian itu dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
tidak mengamalkan sikap pilih kasih dalam melaksanakan larangan
terhadap sebarang perhimpunan di Dataran Merdeka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan