PEKAN: Datuk Seri Mohd Najib Razak menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad
sebagai jaguh 'pusingan U' kerana sering membuat kenyataan berdolak
dalik termasuk berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sejak
kebelakangan ini.
Perdana Menteri berkata, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM) itu sebelum ini menuduh BR1M sebagai rasuah kerajaan untuk menang
pilihan raya umum.
Namun terbaru ketika berucap sewaktu majlis pelancaran PPBM malam tadi,
Dr Mahathir membuat pusingan U dengan mengatakan pembangkang akan
meneruskan pemberian BR1M jika menang pilihan raya umum akan datang.
"Dalam masa tiga minggu beliau (Dr Mahathir) menukar pendirian dan buat kenyataan pusingan U.
"Sejak kebelakangan ini beliau banyak membuat kenyataan bercanggah satu demi satu.
"Jadinya kita boleh anggap beliau sebagai jaguh U-turn," katanya pada
sidang media selepas majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan PT3 2016 di Dewan Konvensyen Sultan
Haji Ahmad Shah, di sini, sebentar tadi.
Pendirian terbaru mantan Perdana Menteri itu jelas bertentangan dengan
kenyataannya sebelum ini bahawa BR1M itu adalah 'rasuah'.
Malah beliau sebelum ini turut mengingatkan rakyat di negara ini bahawa
bantuan berkenaan merupakan rasuah dan salah di sisi undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan