BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
menegaskan usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan
individu-individu berjawatan besar kerana terlibat dalam jenayah kolar
putih bukan tindakan bermusim.
Tegasnya, usaha tersebut akan diteruskan setiap masa tanpa sebarang
kompromi kerana ia penting bagi memberi imej baik kepada negara.
"Penangkapan oleh SPRM adalah langkah yang menterjemahkan komitmen
kerajaan khususnya kepimpinan baharu SPRM bukan hanya ikan bilis tapi
jerung-jerung besar dapat dihapuskan.
"Seperti yang kita tahu indeks amalan rasuah agak tinggi di dalam
senarai yang dikeluarkan beberapa badan peringkat antarabangsa," katanya
kepada pemberita selepas majlis pengisytiharan Bagan Datuk sebagai
daerah pentadbiran ke-12 di sini ini.
Pengisytiharan itu disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Sekolah Menengah Sains Bagan Datuk
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika
dimintas mengulas penahanan beberapa individu oleh SPRM sejak minggu
lalu termasuk Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah Datuk
Mohd Arif Ab Rahman.
Beliau berkata sesuatu pembangunan tidak hanya perlu menekankan kepada
kemajuan semata-mata, sebaliknya perlu memberi penekanan terhadap aspek
sosial.
Beliau turut meletakkan keyakinan tinggi terhadap kepimpinan SPRM yang
diterajui Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad dengan dibantu
beberapa timbalan ketua pesuruhjaya termasuk Datuk Azam Baki yang
bertanggungjawab terhadap operasi.
Sementara itu dalam perkembangan terbaru, SPRM semalam menahan bekas
Pengarah Urusan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional),
Datuk Abdul Rahim atas dua tuduhan rasuah.
Abdul Rahim yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Shah Alam, pagi tadi
walaubagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan