Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa
berkata Tabung Haji mengalami defisit RM4.1bilion, berdasarkan laporan
kewangan TH pada 2017.
"Untuk pengetahuan, selepas Pakatan Harapan ambil alih (kerajaan), kita telah lakukan tindakan segera lantik ahli lembaga pengarah yang baru. Ini hasrat untuk memulakan usaha pemulihan.
"Pihak
pengurusan (baru) merasakan ada yang tak betul berlaku, (pada laporan
kewangan), maka mereka ambil inisiatif dengan melantik syarikat
juruaudit bebas PricewaterhouseCoopers (PWC).
"Di
dalam penemuan PWC itu, mereka telah dapati dalam akaun yang diaudit
rekodkan aset keseluruhan RM70.3bilion sedangkan liabiliti tanggungan
RM74.4 bilion - defisit (kurangan) RM4.1 bilion," katanya pada sidang
media di lobi Parlimen hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan