HALAMAN SANTAI
Sabtu, 1 Disember 2018
Bertenanglah masyarakat India, Kerajaan PH tak mampu kawal keadaan
Lebuh Raya Damansara- Puchong (LDP) menghala ke Shah Alam sesak teruk malam ini.
Dilaporkan lebih daripada 1,000 masyarakat India berkumpul di Kuil Maha Sri Mariamman, Putra Heights.
Marahnya mereka kepada orang Melayu meluap-luap. Hairannya mereka tidak marah pula dengan syarikat pemaju kawasan itu, One City Development.
Hinggakan berani menahan sebuah trak polis yang melalui laluan berkenaan kira-kira pukul 9 malam tadi! Adakah kemarahan mereka kerana Waytha Moorthy menyalahkan polis?
Perusuh tahan polis untuk apa? Menghalang polis menjalankan tugas? Siapa mereka yang lebih kurang 1,000 orang itu?
Apa yang menghasut mereka sehingga tidak puas hati benar sampai memprovokasi polis dan menyusahkan pengguna jalan raya lain? Kalau berlaku kecemasan, bagaimana?
Apa sebenarnya media Tamil sampaikan kepada mereka sehingga begitu ramai turun ke jalan raya?
Apa peranan Menteri Komunikasi dalam memanfaatkan saluran TV dan radio berbahasa Tamil untuk meredakan keadaan sebelum nasi menjadi bubur?
Peserta demonstrasi juga sibuk merakam video serta bertepuk tangan di lebuh raya. Apa yang mereka mahu tunjukkan? Mana pergi Menteri Perpecahan? Mana wakil rakyat tatabahasa silap?
Kerajaan mesti bertegas terhadap pencetus huru-hara di negara ini!
Arif Atan,
Pengarah Penerangan
Kelab ABUP Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan