KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim memaklumkan dia terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof semalam yang kononnya pengurusan terdahulu TH telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dengan tidak mengikut Akta Tabung Haji 1995.
Menurutnya, asas kepada tuduhan beliau adalah aset keseluruhan TH adalah lebih rendah iaitu RM70.3 bilion berbanding liabiliti sebanyak RM74.4 bilion.
“Saya ingin tegaskan bahawa pengurusan TH terdahulu tidak melanggar akta berkenaan dan tidak melakukan apa-apa kesalahan seperti yang didakwa.
“Ini kerana Menteri (Mujahid) tidak mengambil kira laporan Ernst & Young (EY) dalam menilai nilai realis aset keseluruhan melibatkan anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat usahasama dan hartanah.
"Apa yang diambil kira hanya laporan kewangan semata-mata,” katanya semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN : Tabung Haji ada defisit RM4.1 bilion, langgar akta TH 1995]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan