Kertas
Putih mengenai gambaran mendalam terhadap kemelut yang menyelubungi
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan dibentangkan ke sidang
Parlimen tahun depan. - foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR
KUALA LUMPUR – Kertas Putih mengenai gambaran mendalam terhadap
kemelut yang menyelubungi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
akan dibentangkan ke sidang Parlimen tahun depan.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata,
penangguhan tersebut adalah disebabkan Kertas Putih itu kini berada di
peringkat akhir dan sedang disiapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi
(MEA).
Menurutnya, jemaah menteri telah bersetuju untuk menangguhkan
pembentangan Kertas Putih itu ke sidang pertama, penggal kedua,
Parlimen-14 dalam usaha memastikan keutuhannya. Mohamed Azmin Ali
“Gambaran yang jelas akan dapat membantu MEA dan pengurusan baharu
FELDA dalam merangka pelan pemulihan dan hala tuju FELDA yang lestari
dan mampan.
“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) komited untuk membentangkan Kertas Putih yang komprehensif dan berkredibiliti.
“MEA telah bertungkus-lumus menyediakan Kertas Putih tersebut dan
ianya di peringkat terakhir penyediaan bagi pembentangan di Parlimen
yang dijadualkan pada 10 Disember 2018,” katanya menerusi kenyataan hari
ini.
Bagaimanapun Mohamed Azmin berkata, pihaknya telah mendapat nasihat
daripada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan semula cadangan
Kertas Putih itu kerana berpendapat beberapa isu perundangan
perlu diselesaikan sebelum Kertas Putih tersebut boleh dibentangkan di
Parlimen.
“MEA mengambil berat pandangan daripada AGC dan telah mengambil
keputusan untuk mendapatkan pandangan Jemaah Menteri,” ujarnya lagi. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan