Orang
awam memenuhi kawasan tapak kuil dan mengakibatkan kesesakan lalu
lintas susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri
Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL
ZAINAL
KAJANG -Kejadian yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang
Jaya sehingga mencetuskan rusuhan seterusnya mengakibatkan kematian
seorang anggota bomba bukti sentimen kebencian sedang merebak dalam
negara.
Situasi itu juga membuktikan berlaku kegagalan dalam pembinaan semula
negara dan perpaduan rakyat khususnya yang didorong oleh beberapa
faktor termasuklah pendidikan, penyalahgunaan hak untuk bersuara dan
komunikasi. Timbalan
Presiden Majlis Professor Negara (MPN), Professor Dr. Kamaruddin M.Said
bercakap pada sidang media mengenai isu “Pengucapan Kebencian di
Malaysia: Di Manakah Kita?” bertempat di Majlis Professor Negara,
Country Heights, Kajang, Selangor. foto AFIQ RAZALI,
“Kami menganggap suara yang boleh mencetuskan jenayah kebencian musuh
perpaduan nasional yang sekarang dengan perkembangan terkini yang
menggusarkan kita.
“Kami berpendapat, isu perpaduan nasional perlu dilihat dengan
mengambil kira perkembangan terkini yang mencetuskan kebencian,” kata
Timbalan Presiden Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Kamaruddin Mohd.
Said.
Bukan setakat itu, aspek pendidikan juga dianggap Felo Utama Institut
Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Teo Kok
Seong memberi sumbangan terhadap kelemahan perpaduan nasional yang
menjadi kebimbangan kebelakangan ini.
Sistem pendidikan dalam negara jelasnya menggalakkan pengasingan
antara kaum mengakibatkan wujudnya cabaran besar untuk menyatukan rakyat
yang datang daripada pelbagai latar belakang.
Sistem pendidikan juga ujar Kok Seong, gagal meletakkan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai tunjang kepada kebersamaan rakyat.
“Pengasingan etnik berlaku pada usia muda anak-anak kita, di usia muda pada usia tadika sudah dipisahkan.
Felo Utama KITA, Professor Datuk Dr. Teo Kok Seong bercakap pada
sidang media mengenai isu “Pengucapan Kebencian di Malaysia: Di Manakah
Kita?” bertempat di Majlis Professor Negara, Country Heights, Kajang,
Selangor. foto AFIQ RAZALI
”Begitu juga di sekolah rendah jadi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), kita dapati sukar menyatu-padukan anak bangsa.
“Sistem pendidikan kita yang tidak berjaya kita gagal menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan,” katanya ketika sidang media
mengenai “Pengucapan Kebencian di Malaysia: Di Manakah Kita” semalam.
Bagi Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab. Aziz, perjuangan hak untuk
bersuara yang disalahgunakan sebahagian masyarakat hari ini memberi
kesan negatif termasuk rusuhan yang berlaku kerana ketiadaan kegerunan
terhadap undang-undang untuk mengekang perlakuan jenayah.
Profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu
menambah, hak dan kebebasan bersuara itu dijadikan ‘lesen besar’
membibitkan rasa benci dan memecah-belahkan perpaduan rakyat berbilang
kaum di Malaysia.
Sehubungan itu kerajaan tambah beliau sepatutnya menggunakan Akta Hasutan bertepatan di mana-mana situasi sedemikian.
“Undang-undang terutama Perlembagaan Persekutuan membenarkan
kebebasan bersuara. Kalau boleh merosakkan perpaduan, kebebasan bersuara
boleh disekat dengan perundangan terutama apabila mencabar
undang-undang untuk mengawal kebencian.
“Dalam Malaysia undang-undang jelas ada Akta Hasutan 1948 saya
percaya akta ini masih mempunyai kekuatannya bagi menangani pengucapan
permusuhan,” katanya lagi. -MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan