Astro Awani
Anwar berucap pada Simposium Tahunan Ke-Empat Kewangan Islam di sini hari ini. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Meletakkan Lembaga Tabung Haji (TH) di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia merupakan satu langkah penting dalam usaha membawa semula tumpuan badan itu kepada tujuan asalnya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, masih banyak yang perlu dilakukan dari segi pengawasan ke atas badan itu, tetapi beliau tidak menjelaskan lebih lanjut.
Katanya, TH adalah institusi yang bagus tetapi ia telah disalah urus oleh pihak-pihak yang menggunakannya untuk kepentingan politik atau peribadi.
"Tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka," tambahnya ketika bercakap kepada media pada Simposium Tahunan Ke-Empat Kewangan Islam di sini hari ini.
BACA: Isu Tabung Haji: Apa yang anda perlu tahu?
Pada Isnin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata TH akan diletakkan di bawah bank pusat itu mulai Januari tahun depan.
Langkah itu diambil bagi meraih semula kepercayaan pendeposit ke dalam tabung itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan