Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menafikan laporan
yang tular dalam media sosial kononnya beliau merancang untuk mengubah
mata pelajaran Sejarah di sekolah dengan menggunakan khidmat badan bukan
kerajaan (NGO) masyarakat Cina.
"Saya menyangkal berita itu sekeras-kerasnya dan memberi amaran agar pihak berkenaan menarik balik atau menggugurkan berita itu dengan serta merta.
"Jika tidak, saya tidak teragak-agak untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang kerana laporan sedemikian cuba memburukkan diri saya dan Kementerian Pendidikan," katanya.
Laporan mengenai Teo merancang mengubah mata pelajaran sekolah rendah dan menengah menggunakan NGO Cina agar haluan sejarah memasukkan juga DAP, tular dalam media sosial dan dipetik beberapa portal.
Semakan semula sebelum jadi timbalan menteri
Katanya, KSSR (Semakan 2017) Buku Teks Sejarah bagi tahun empat pula telah selesai pada 2017.
"Justeru, adalah mustahil bagi saya untuk campurtangan dalam penggubalan dan semakan semula kurikulum Sejarah apatah lagi melantik mana-mana 'Team DAP' atau NGO Cina untuk memasukkan input berkaitan dengan sejarah DAP," katanya.
Sehubungan itu, Teo berkata sebarang mesyuarat yang diadakan antara mana-mana NGO dan jawatankuasa itu hanya sekadar memberi cadangan terhadap kurikulum Sejarah bagi KSSR (Semakan) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).
Beliau yakin dan percaya dengan kebijaksanaan dan kewibawaan jawatankuasa terbabit dan anggota panelnya yang profesional dalam membuat keputusan yang sewajarnya berkenaan penggunaan dan penambahbaikan kurikulum Sejarah.
"Oleh itu, sementara saya
menghormati kebebasan bersuara yang didukung oleh kerajaan yang baru,
saya menasihatkan orang ramai tidak menular dan menyebarkan kenyataan
atau laporan yang tidak berasas dan berunsur fitnah," kata Teo.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan