LIHAT perangai DAP. Mereka siap ugut PH jika mereka tak dapat apa yang DAP cita-citakan, DAP akan keluar dari PH. Tapi jika rakyat tak dapat apa yang dijanjikan, mereka tak kisah pun.
Istiqamahnya mereka dengan prinsip perjuangan mereka. Tapi sebahagian kita pula yang terhegeh-hegeh nak bersama DAP. Siap sanggup khianati agama dan bangsa lagi. Saya alu-alukan ketegasan DAP itu dan saya nak lihat apakah PAN akan ikut jejak DAP atau berpaling tadah dengan melompat kepada Bersatu pula.
Senario politik Malaysia semakin menarik
bila acara lompat jauh dan lompat katak berlaku secara besar-besaran.
Sehingga menyebabkan sebahagian pimpinan PKR yang pro Anwar melihat
langkah Tun menerima kemasukan ahli-ahli Parlimen dan bekas pimpinan
Umno itu sebagai langkah mengukuhkan Bersatu dan melemahkan parti
komponen PH yang lain.
Mereka juga merasakan Tun bukan sahaja
berhasrat mengukuhkan cengkaman kuku Bersatu dalam PH namun ada agenda
lain yang tersembunyi yang akhirnya menafikan Anwar sebagai PM ke 8.
Saya setuju jika ada sebahagian pengundi
PH dalam PRU14 yang lalu berkata; kita undi PH kerana mahu nyahkan
Umno. Tapi tiba-tiba Tun pula bawa mereka ke dalam PH. Setiap langkah PH
yang mengecewakan rakyat adalah kredit bagi PAS. PAS cuma menangguk di
air keruh tapi bukan PAS yang mengeruhkan air itu.
Saya fikir kini baru pimpinan-pimpinan
DAP dan PKR rasa sedikit menyesal menobatkan Tun sebagai PM. Sebagaimana
pengundi yang menyesal memberi undi kepada PH. Namun saya tidak fikir
perasaan itu ada dalam hati pimpinan PAN. Kerana bagi mereka siapa pun
yang jadi PM di kalangan parti-parti utama PH mereka tetap sebuah parti
pinggiran yang mengharapkan ihsan. Boleh jadi bagi mereka Tun sebagai PM
lebih baik dari orang lain jadi PM. Kerana Tun kelihatan lebih memberi
muka kepada PAN berbanding DAP yang lebih bersifat mengkhadamkan PAN.
Kenapa Tun begitu? Biarlah saya simpan jawapan itu.
Kepada ahli-ahli Umno suka saya menyeru
anda semua marilah bersama PAS. Anda sudah menyaksikan di layar besar
politik Malaysia bagaimana gelagat manusia-manusia yang anda berikan
kepercayaan. Namun akhirnya bukan kepentingan dan suara hati anda yang
diraikan namun perut dan kepentingan peribadi mereka juga yang
diutamakan. Dalam masa yang sama anda juga menyaksikan bagaimana
konsistennya PAS dengan dasar Islamnya dan istiqamah membela bangsa dan
tanah air.
Ayuh kita lakar sejarah baru Malaysia yang lebih baik dari Malaysia Baharu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan