MEDAN BERITA POLITIK : KE ARAH BERFIKIR, MENGINSAFI DAN BERTINDAK
HALAMAN SANTAI
Ahad, 11 Ogos 2019
JAS: Bacaan indeks pencemaran udara Miri masih tahap bahaya
BernamaMajoriti kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana sejak pagi tadi. (Gambar Apims.gov)
KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Miri, Sarawak, masih
mencatatkan status kualiti udara tahap bahaya dengan bacaan 395 setakat
pukul 7 petang ini.
Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di Miri kembali
menunjukkan trend peningkatan dengan bacaan lebih 300 sejak pukul 5
pagi tadi.
Sementara itu di Selangor, Johan Setia Klang masih mencatatkan IPU tidak sihat dengan bacaan 126 pada pukul 7 petang.
Majoriti semua kawasan yang lain di seluruh negara mencatatkan bacaan IPU sederhana sejak pagi tadi.
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101
hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan lebih
301 (berbahaya).
Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan