HALAMAN SANTAI

Jumaat, 9 Ogos 2019

Kadar pengangguran negara kekal 3.3% pada suku ke-2 tahun ini

Ketua Perangkawan Malaysia Mohd Uzir Mahidin berkata, kadar 
penyertaan tenaga buruh pada suku tahun naik 0.1 mata peratus 
berbanding suku pertama 2018 kepada 68.8%. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Kadar pengangguran kekal pada 3.3% pada suku ke-2 tahun ini sama seperti suku pertama, kata Ketua Perangkawan Malaysia Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, tenaga buruh Malaysia pula meningkat 2.1% berbanding suku ke-2 tahun lepas kepada 15.60 juta orang, manakala penduduk bekerja turut meningkat 2.1% dalam tempoh yang sama kepada 15.08 juta orang.

“Perbandingan suku tahun ke suku tahun pula menunjukkan tenaga buruh dan penduduk bekerja meningkat 0.5% berbanding suku tahun sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sempena penerbitan Laporan Survei Tenaga Buruh bagi suku ked-2 tahun ini oleh Jabatan Perangkaan.

Mohd Uzir berkata, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada suku tahun ini naik 0.1 mata peratus berbanding suku pertama 2018 kepada 68.8%.

“Pada suku ke-2 tahun ini, KPTB perempuan mencatatkan kenaikan 0.1 mata peratus kepada 55.8 % berbanding suku tahun sebelumnya.

“KPTB perempuan dalam pasaran buruh bagi kumpulan umur utama (prime age) iaitu 25-34 tahun (73%), 35-44 tahun (67.6%) dan 45-54 tahun (62%) adalah lebih tinggi berbanding KPTB perempuan di peringkat nasional.

“KPTB lelaki turun 0.1 mata peratus kepada 80.8% pada suku ke-2 2019 berbanding suku tahun sebelumnya.

“Kumpulan umur yang mencatatkan KPTB melebihi 90% ialah 25-34 tahun (96.2%), 35-44 tahun (97.5%) dan 45-54 tahun (94.3%),” katanya.

Dalam masa yang sama, Mohd Uzir berkata, Jabatan Perangkaan turut melaporkan bahawa pada suku ke-2 tahun ini, komposisi penduduk bekerja yang berpendidikan menengah meningkat 1.6 mata peratus kepada 56.4%, berbanding 54.8% pada suku tahun sebelumnya

Tiada ulasan: