Kerajaan disaran menambah peruntukan yang diterima
Kementerian Pertahanan bagi meningkatkan kekuatan dan menjaga kebajikan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menterinya Mohamad Sabu berkata, kebanyakan negara yang mencapai indeks kebahagiaan tinggi membelanjakan lebih untuk pertahanan negara mereka.
Menterinya Mohamad Sabu berkata, kebanyakan negara yang mencapai indeks kebahagiaan tinggi membelanjakan lebih untuk pertahanan negara mereka.
Mohamad turut memberi contoh Finland yang memperuntukkan 1.4 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) atau ASD3.8 bilion untuk pertahanan pada tahun 2018 dengan populasi penduduk sekitar 5.5 juta sahaja.
"Norway dan Denmark juga belanja 1.6 peratus dan 1.1 peratus daripada KDNK yang membawa nilai ASD6.1b dan ASD 4.1b untuk pertahanan tahun 2018.
“Singapura walaupun keluasan negara mereka 646 km persegi dan panjang perairan 150km, mereka belanja 3.1 peratus KDNK atau ASD 11.4 b.
“Bagi saya, peruntukan ini masih belum cukup, saya akan terus perjuangkan supaya martabatkan kekuatan dan peranan tentera supaya dipertingkatkan dari semasa ke semasa," kata Mohamad di Kementerian Pertahanan hari ini.
Saranan
tersebut dibuat ketika ada pihak membangkitkan isu saiz penjawat awam
dan perbelanjaan terhadap anggota tentera di negara ini.
Pengasas Gamuda Bhd, Koon Yew Yin baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila mengatakan anggota tentera hanya makan dan tidur, malah tidak pernah menggunakan senjata.
Beliau bagaimanapun kemudian meminta maaf selepas pendapat itu menerima kecaman pelbagai pihak.
Hanya belanja 0.9 peratus untuk pertahanan
Katanya,
seramai 170,000 anggota tentera mengawasi 32.4 juta penduduk dengan
keluasan sebanyak 329,000 kilometer persegi serta keluasan perairan
sebanyak 4,600 kilometer persegi.
Berbeza dengan negara yang tidak berperang, lihatlah Jepun dan negara maju lain,” katanya.
Mohamad berkata demikian menerusi ucapannya ketika Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan 2019 yang turut dihadiri Timbalannya Liew Chin Tong.
Operasi cari tentera hilang diteruskan
Katanya, buat masa ini TDM akan terus berusaha mencari dua mangsa terbabit dan jika ada petunjuk baru makan operasi dilaut juga akan dibuat.
“Setakat ini tanda-tanda baru ini tidak muncul lagi. Jadi, usaha akan terus kita usahakan, terutamanya di peringkat dararan,” katanya.
Identiti anggota yang hilang dikenal pasti sebagai Koperal David Edmund Rapi, 39, tahun berasal dari Dalat dan Lans Koperal Moses Logers, 25, dari Bau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan