Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini
mendesak Pengerusi Utusan Melayu Aziz Sheikh Fadzir segera melepaskan
semua pegangan sahamnya dalam syarikat akhbar itu.
"Walaupun Umno bukan lagi pemegang saham terbesar tetapi semua orang tahu parti itu menggunakan proksi iaitu Aziz Sheilh Fadzir selaku pengerusi eksekutif dan bekas anggota parti untuk terus mengawal akhbar ini.
"Jadi, Umno perlu melihat kelemahan ini segera dan jika tidak mampu menjaga Utusan dan kakitangannya adalah lebih baik melepaskan pegangan saham demi memastikan akhbar ini terus hidup," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.
Aziz ialah bekas anggota parlimen BN dan pemimpin pusat Umno.

Chi berkata terdapat pekerja Utusan kini yang menjadi buruan bank dan ada yang terpaksa menggantikan susu anak kecil dengan sirap kerana masalah kewangan.
"Ada ahli kami terpaksa memberi air sirap kepada anak kecil mereka untuk menggantikan susu yang sudah tidak mampu dibeli lagi berikutan ketiadaan wang.
"Ahli kami juga kini berhutang keliling pinggang kerana tiada gaji untuk membayar pinjaman peribadi, rumah dan kenderaan, berhutang dengan along, bergolok bergadai emas milik sendiri untuk memberi makan anak-anak.
"Malah hendak mengisi petrol kenderaan untuk keluar bekerja pun sudah tidak mampu apatah lagi untuk melakukan tugasan membuat liputan dan lebih menyukarkan lagi apabila suami dan isteri bekerja di Utusan," keluhnya.
Pada
sidang media itu, Chi berkata pihaknya turut menubuhkan Tabung Prihatin
NUJ-Utusan dan sumbangan boleh disalurkan kepada akaun CIMB Kesatuan
Wartawan Kebangsaan 8000367100.
Utusan diklasifikasikan sebagai syarikat Nota Amalan (PN17) pada Ogos 2018 dan berisiko dinyah senarai daripada Bursa Malaysia disebabkan kekangan kewangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan