Unit khas PDRM, VAT 69 terbabit operasi cari remaja Ireland hilang

NILAI
– Selepas seminggu berdiam diri, keluarga remaja perempuan berdarah campuran
Perancis-Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, akhirnya tampil buat pertama kali
untuk menyatakan terima kasih mereka kepada pasukan mencari dan menyelamat
(SAR) pada satu pertemuan di resort berkenaan, hari ini.
Video
singkat dikongsi oleh polis pagi ini, menunjukkan bahawa ibu Nora, Meabh
Jaseprine Quoirin yang diiringi suami, Sebastian Marie Philipe, membuat satu
kenyataan ringkas.
Video
berdurasi satu minit itu menunjukkan ibu Nora dengan genangan air mata
menyatakan penghargaan kepada pasukan SAR, yang bertungkus lumus mencari
anaknya sejak hari dia dilaporkan hilang.
“Selamat
pagi semua. Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada setiap anda, kami
mengetahui anda mencari Nora siang dan malam.
“Kami
melihat anda bekerja kuat, juga berdoa untuk kami, bersama-sama kami. Kami tahu
anda telah mengorbankan masa terutama menjelang perayaan istimewa ini
(Aidiladha) untuk bersama-sama kami di sini, ia bermakna dunia kepada kami.
“Kami
amat bersyukur atas setiap yang anda lakukan untuk kami, untuk semua orang di
sini dan semua orang yang membantu dan tidak berada di sini,” katanya.
Difahamkan,
perjumpaan dengan pasukan operasi SAR itu diadakan di resort berkenaan. Video
itu dirakamkan oleh polis dan dikongsi dengan media.
Operasi
SAR memasuki hari ketujuh hari ini, yang diperkuatkan dengan pembabitan unit
khas Polis Diraja Malaysia, komando VAT 69 dan Pasukan Simpanan Persekutuan
(FRU) meneruskan usaha mencari remaja berkenaan.
Meabh
Jaseprine Qouirin, ibu kepada remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin,
15, bersama suaminya, Sebastian Marie Philipe, memberi kata-kata kepada anggota
pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada perjumpaan tertutup di Bilik Gerakan
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR), susulan mangsa yang dilaporkan hilang
pada 4 Ogos lalu di sebuah resort di Pantai, hari ini.
Nora
Anne tiba di resort berkenaan dari London pada Sabtu untuk percutian selama dua
minggu.
Remaja
berkeperluan khas itu didapati hilang dari biliknya pada jam 8.00 pagi hari
berikutnya. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan