Selain menetapkan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah
vernakular dilaksanakan secara pilihan, kumpulan Ibu bapa Bertindak
Untuk Pendidikan (Page) tidak pasti sama ada kaedah pelaksanaan baru
yang bakal dilaksanakan itu benar-benar berkesan kepada kumpulan
sasaran.
“Ia sepatutnya tak perlu dirumitkan atau dikaitkan dengan implikasi yang hangat diperbincangkan sekarang.
"Teruskan seperti sedia kala,” katanya ketika dihubungi Malasyiakini semalam.
Kata Maszlee guru juga diberi kuasa untuk menetapkan sendiri kaedah pelaksanaannya silibus berkenaan.
Pada masa sama, Maszlee memaklumkan bahawa pengenalan tulisan itu akan dimuatkan dalam buku teks hanya sebanyak tiga muka surat berbanding enam sebelum ini.
Satu jalan kompromi
“Pengenalan seni tulisan telahpun dimuatkan di dalam kandungan Bahasa Malaysia tahun 5 kurikulum KSSR.
"Ia merangkumi topik seni tulisan Jawi, Cina dan Tamil di semua sekolah, termasuk SRJK.
“Jadi terpulanglah kepada kreativiti dan pertimbangan guru-guru bagaimana mereka hendak mengajarnya, sama ada menghayatinya melalui kaligrafi atau dengan tulisan sahaja.
"Ia memang sudah dipraktikkan sebagai warisan budaya tulisan Melayu, Cina dan India.
“Pada saya itu adalah satu jalan kompromi untuk memuaskan hati pihak yang tidak puas hati. Sama ada ia efektif, saya tidak ada makluman,” katanya.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai pihak tertentu yang dimaksudkan itu.
Pada masa sama, Tunku Munawirah turut mempertikaikan pengumuman Maszlee pada akhir bulan lalu yang menekankan bahawa kurikulum baru di sekolah memerlukan persediaan untuk Revolusi Industri 4.0.
Melalui persediaan itu tumpuan banyak diberikan kepada subjek yang menggunakan kemahiran bahasa Inggeris seperti matematik, sains, pengkomputeran (computing), pengekodan (coding).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan