HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Jun 2020

Kamarudin ganti Husam sebagai pengerusi baru Kada

Pengerusi PPBM Kelantan Kamarudin Md Nor dilantik sebagai pengerusi
Kada bagi menggantikan Husam Musa berkuat kuasa 16 Mei lepas.

PETALING JAYA: Pengerusi PPBM Kelantan, Kamarudin Md Noor dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) yang baru berkuat kuasa 16 Mei lalu.

Kada dalam kenyataan di Facebokknya mengucapkan tahniah atas pelantikan Kamarudin.

“Semoga Kada terus mengorak langkah memenuhi agenda untuk kesejahteraan petani seterusnya membantu dalam menjamin bekalan makanan negara,”katanya

Sementara itu, Kamarudin ketika dihubungi FMT turut mengesahkan pelantikan tersebut

“Ya,” katanya ringkas sambil memaklumkan beliau akan masuk pejabat pada 28 Jun ini.

Kamaruddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pelantikan itu dan akan berbuat demikian setelah masuk pejabat secara rasmi minggu depan.

Surat yang ditandatangani Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee berhubung pelantikan itu menyebut bahawa ia dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik (Kamarudin) sebagai pengerusi Kada selama 2 tahun berkuat kuasa 16 Mei 2020 hingga 15 Mei 2022,” kata Ronald.

Jawatan itu sebelum ini disandang pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Husam Musa yang dilantik pada 1 Mac 2019 sewaktu Putrajaya dipimpin oleh gabungan politik itu.

Pelantikan Husam yang juga naib presieen Amanah dibuat ketika Salahuddin Ayub merupakan menteri pertanian dan industri asas tani.

Kada yang merupakan sebuah agensi kerajaan kini berada di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan berfungi memajukan dan menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial golongan petani di kawasan Kemubu, Kelantan.

Tiada ulasan: