HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Jun 2020

Lebih 1,200 mangsa banjir di 5 daerah Johor dipindahkan

Keadaan banjir di Muar semalam. Seramai 276 mangsa ditempatkan di 5 PPS
di daerah itu hari ini. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Seramai 1,210 mangsa daripada 288 keluarga di 5 daerah di negeri ini terjejas akibat banjir setakat 8 pagi tadi berikutan hujan lebat selama beberapa jam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan dalam kenyataan hari ini berkata 5 daerah terjejas itu ialah Muar, Batu Pahat, Tangkak, Kluang serta Pontian dengan semua mangsa dipindahkan ke 18 pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata, Pontian mencatatkan jumlah mangsa paling ramai, iaitu 349 orang daripada 85 keluarga yang ditempatkan di 4 PPS – Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bukit Panjang, SK Parit Hj Adnan, SK Kampung Sawah dan SK Seri Bunian.

Ia diikuti Batu Pahat seramai 343 orang daripada 75 keluarga yang dipindahkan ke 3 PPS, iaitu SK Agama Air Putih, Balai Raya Kampung Peserai dan Sekolah Agama Tiga Serangkai.

“Di Muar pula, 276 orang daripada 65 keluarga ditempatkan di 5 PPS, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, SK Parit Nawi, SK Tanjung Tohor, SK Orang Kaya Ali dan SK Batu 18.”

Beliau berkata, 207 mangsa daripada 59 keluarga di Kluang pula ditempatkan di 4 PPS, iaitu SK Simpang, SK Sri Kencana Simpang Renggam, SMK Dato Abdul Rahman Andak dan Sekolah Agama Komplek Penghulu.

“Seramai 35 keluarga daripada 4 keluarga di Tangkak pula ditempatkan di SK Parit Bunga dan SK Tanjung Gading 5.”

Tiada ulasan: