Hasimi Muhamad
MOHD
SHAFIE: Warisan berharap hak rakyat Batu Sapi untuk memilih wakil
rakyat ditunaikan sebaik sahaja jangkitan COVID-19 dapat dikawal dan
selepas
kerajaan menarik balik pelaksanaan darurat. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Parti Warisan Sabah (Warisan) berharap kerajaan dapat mencari jalan
terbaik untuk memastikan satu tarikh tertentu dapat ditetapkan bagi
menentukan tempoh darurat berakhir di kawasan Parlimen Batu Sapi.
Presidennya,
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti berpendapat setiap rakyat di
Batu Sapi perlu mempunyai pemimpin yang mewakili mereka dan membawa
isu-isu rakyat di Parlimen.
"Warisan
berharap hak rakyat Batu Sapi untuk memilih wakil rakyat ditunaikan
sebaik sahaja jangkitan COVID-19 dapat dikawal dan selepas kerajaan
menarik balik pelaksanaan darurat.
"Selain
itu, Warisan turut berharap agar dalam tempoh darurat ini, kerajaan
memberi jaminan agar kebajikan setiap rakyat di Batu Sapi terutama
bantuan makanan dan keperluan harian sentiasa diutamakan tanpa ada pilih
kasih," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas
lanjut, Ahli Parlimen Semporna itu berkata Warisan menjunjung kasih
titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan agar
darurat dilaksanakan di kawasan Parlimen Batu Sapi.
Jelas
beliau, Warisan percaya titah yang dikeluarkan Seri Paduka Baginda
adalah atas keprihatinan baginda terhadap kesihatan rakyat Sabah
khususnya di Batu Sapi yang kini merupakan salah satu kawasan merah
akibat jangkitan pandemik COVID-19.
"Baginda
telah menggunakan kebijaksanaan dalam pengisytiharan darurat itu yang
sekali gus menangguhkan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen
Batu Sapi yang dijadualkan pada 5 Disember.
"Dalam
melaksanakan proses demokrasi, kesihatan rakyat tidak boleh dijadikan
pertaruhan sebaliknya perlu menjadi keutamaan dalam situasi negara
ketika ini yang masih berjuang menentang penularan COVID-19," ujar
beliau.
Pada
Rabu, Yang di-Pertuan Agong bersetuju, mengisytiharkan Proklamasi
Darurat terhadap Parlimen Batu Sapi, Sabah bagi mengelak PRK sebagai
langkah proaktif membendung gejala wabak COVID-19.
Datuk
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil
Shamsuddin berkata Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah berpuas hati dengan penjelasan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin yang menasihati baginda berkenaan cadangan itu.
Sementara
itu, Perdana Menteri memberi jaminan kehidupan rakyat akan berjalan
seperti biasa walaupun darurat diisytiharkan di Batu Sapi, Sabah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan