Fauzi Suhaimi
Menurut
Annua, seseorang pemimpin tidak memerlukan jawatan tertentu jika
benar-
benar mahu berkhidmat kepada rakyat. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR:
Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata,
seseorang pemimpin tidak memerlukan jawatan tertentu jika benar-benar
mahu berkhidmat kepada rakyat.
Malah, beliau menyifatkan, jawatan dalam Kabinet adalah tanggungjawab berat untuk menyumbang bakti kepada rakyat.
"Keputusan
kerajaan (melantik jemaah menteri) dibuat secara kolektif dan tidak
timbul isu Menteri Kanan kalah pilihan raya atau saya mempunyai jawatan
tinggi dalam parti dan perlu dapat jawatan lebih besar.
"Kalau
kita mahu bekerja untuk rakyat, macam-mana benda boleh buat. Tidak ada
isu perbandingan ini sebab saya dari parti besar, tetapi saya dapat
jawatan kecil. Pada saya itu orang yang tamak jawatan," katanya dalam
sidang media di Parlimen di sini pada Khamis.
Beliau
mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah
yang mahu UMNO seharusnya menjadi parti yang menguasai kerajaan dan
memegang portfolio penting dalam kerajaan memandangkan bilangan Ahli
Parlimen paling ramai dalam Dewan Rakyat.
Mengulas
lanjut, Annuar berkata, sebarang perselisihan faham antara semua pihak
tidak sesuai diungkit ketika ini kerana ia telah dipersetujui bersama
sebelum kerjasama dibentuk.
"Jawatan ini bukan hak milik kita, tetapi diberi tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Malah
kita tidak mampu membentuk kerajaan jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) dan bekas pemimpin PKR yang diketuai Datuk Seri Mohamed Azmin
Ali tidak keluar daripada Pakatan Harapan (PH).
"Sehubungan
itu, pemimpin parti yang masih mengungkit siapa yang dapat jawatan
besar atau kecil adalah tidak sesuai kerana muafakat dibentuk sebelum
penubuhan kerajaan," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan