Fareez Azman

Barisan
Nasional (BN) akan terus dipertahankan agar kekal relevan dan mampu
melakukan sesuatu kepada rakyat, kata Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka
Siong.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan terus dipertahankan agar kekal relevan dan mampu melakukan sesuatu kepada rakyat.
Itu tegas Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong ketika ditemui selepas Mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada Isnin.
"Begitu
juga perkara dalaman sesama parti. Ini mesyuarat biasa, dalam keadaan
ini kita perkukuhkan BN. Semua parti hadir hari ini dan kita sentiasa
pertahankan BN (agar) relevan.
"Itu
kelebihan BN, saya rasa kita semua faham tanggungjawab kita, termasuk
mereka yang dalam BN. Kita sedar tanggungjawab kita dan apa yang kita
sokong ini adalah yang terbaik untuk rakyat jelata," katanya.
Dalam
pada itu, Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan ketika ditemui turut
menyatakan bahawa parti itu akan lebih memfokuskan pendirian akar umbi.
"Satu
rancangan khas untuk memastikan BN menjadi relevan termasuk mendengar
perasaan ahli akar umbi, (dan) apakah pendirian mereka dan mengenai
aspirasi parti.
"Kita bincangkan mengenai ahli BN, (mesyuarat ini) tidak ada kena mengena dengan bajet, sebab ada tiga hari lagi," katanya.
Ditanya
sama ada mesyuarat turut menyentuh mengenai kerjasama BN dengan Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), jelas Saravanan terdapat pelbagai
kemungkinan akan dilakukan demi kebaikan parti.
"Belum lagi, kita lihat semua kemungkinan. Demi kebaikan parti dan negara, demi rakyat kita utamakan," katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan