Bernama

Apabila ditanya sama ada keadaan kehidupan rakyat akan bertambah baik di masa hadapan, 58 peratus daripada responden bersetuju.
KUALA LUMPUR: Penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah menyelamatkan Malaysia, menurut satu tinjauan bebas.
Emir
Research, sebuah kumpulan pemikir bebas dalam Tinjauan Suku Tahun untuk
Suku Ketiga 2020 (3Q20) mendapati 55 peratus daripada responden
merasakan pembentukan kerajaan baharu itu merupakan penyelamat Malaysia
dan hanya sembilan peratus meragui peranan penyelamat dimainkan PN.
Mengenai
keupayaan Kerajaan PN untuk menyelesaikan masalah negara, lebih
daripada separuh warga Malaysia (53 peratus) yakin dengan keupayaan itu
sementara hanya segelintir tujuh peratus tidak memiliki keyakinan itu.
"Bumiputera
Sabah dan Sarawak adalah penyokong terbesar kepada pembentukan Kerajaan
PN (74 peratus) dan mereka mempunyai keyakinan teguh terhadap keupayaan
kerajaan semasa untuk menyelesaikan masalah negara (72 peratus)," kata
Emir Research dalam kenyataan medianya yang dikeluarkan pada Selasa.
Penduduk
luar bandar menyokong pihak kerajaan dengan 67 peratus menyokong
pembentukan Kerajaan PN, sementara 51 peratus dalam kalangan penduduk di
bandar antara yang berfikiran sedemikian.
Apabila ditanya sama ada keadaan kehidupan rakyat akan bertambah baik di masa hadapan, 58 peratus daripada responden bersetuju.
"Rasa
yakin dan optimis untuk masa hadapan mungkin adalah kerana sokongan
mereka terhadap usaha kerajaan menyeimbangi kehidupan dan mata pencarian
dengan membuka semula ekonomi dan mengumumkan pakej rangsangan dan
dalam masa sama menyeimbangkan langkah-langkah untuk mengekang penularan
COVID-19 dan mencari vaksin," katanya.
Empat
puluh tiga peratus warga Malaysia percaya Kerajaan PN adalah sebuah
kerajaan berdaya maju berbanding dengan peratusan kecil, sembilan
peratus yang berfikiran sebaliknya.
"Perbezaan 34 peratus sememangnya cukup besar dan penting secara statistik," katanya.
Selain
itu, 38 peratus rakyat Malaysia berkata hala tuju negara untuk masa
hadapan di bawah PN berada di landasan yang betul sementara lapan
peratus tidak bersetuju dan 54 peratus tidak pasti.
Ini
menyokong penemuan Perbincangan Kumpulan Fokus (FGD) dengan peserta
perbincangan itu menekankan kepercayaan yang sama, iaitu jika PN tidak
mengambil alih tampuk kuasa, rakyat Malaysia mungkin menyaksikan masalah
lebih teruk sekarang.
Mengenai ekonomi,
biarpun pandemik COVID-19 yang telah mengakibatkan kelembapan ekonomi
yang meningkatkan kesengsaraan rakyat, tinjauan itu mendapati ada
peningkatan 12 titik peratusan dalam perkadaran rakyat Malaysia yang
berfikiran bahawa ekonomi negara berada pada asas yang kukuh - daripada
19 peratus dalam tinjauan suku pertama kepada 31 peratus dalam tinjauan
suku ketiga.
"Ini dibandingkan dengan 26
peratus yang mengatakan perkara sama dalam suku keempat 2019 yang
COVID-19 tidak wujud pada masa itu dan menyusut kepada 19 peratus dalam
suku pertama 2020 ketika COVID-19 belum menampakkan sisi buruknya,"
katanya.
Menurut kenyataan media itu,
lapan isu teratas sosioekonomi yang mendapat perhatian tertinggi dalam
kalangan rakyat ialah memerangi rasuah dalam agensi penguatkuasaan (69
peratus); pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (57
peratus), pengembalian semula hukuman mati mandatori (55 peratus);
keberkesanan langkah mencegah rasuah dalam kalangan penjawat awam (55
peratus), sebuah sistem pendidikan kebangsaan tunggal (53 peratus), kos
tinggi pendidikan (50 peratus), masalah moral dalam kalangan pemimpin
politik (49 peratus) dan mengekalkan sekolah aliran vernakular (48
peratus).
Tinjauan itu dilaksanakan Ogos
lepas melibatkan 2,096 reponden dari semua negeri di Malaysia dan badan
penyelidikan mengguna pakai kaedah berdasarkan bukti yang mengetengahkan
dua komponen penting - analisis kualitatif dan analisis kuantitatif
terkini.
Dalam kenyataan penafiannya,
Emir Research berkata kerana FGD dilaksanakan pada Julai dan tinjauan
pada Ogos, maka tinjauan itu tidak mengambil kira perkembangan terkini
di dalam negara termasuk peningkatan kes COVID-19 dan politiking dalam
kalangan ahli politik yang membawa kepada Pilihan Raya Negeri Sabah pada
26 Sept.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan