Datuk Zaharin Mohd Yasin mendakwa ketika ini wujud kumpulan dikenali
sebagai C5 yang sedang merancang satu ‘grand design’ untuk menghancurkan
Umno. Ini kenyataan terkini dia yang disebar dalam banyak media massa.
Siapa Datuk Zaharin Mohd Yasin?
Zaharin Mohd Yasin bukanlah ahli parlimen dan bukannya ketua Umno
Bahagian. Beliau adalah bekas Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak
dan bekas Setiausaha Kerja BN Bandar Tun Razak. Dia terlibat dengan UMNO sejak usia 18 tahun dan dua kali di pecat UMNO tetapi dia tidak masuk parti lain.
Beliau juga seorang blogger Umno dengan mengunakan nama blog Sang
kelembai. Penulisan beliau agak kurang rasional serta berfakta yang kurang tepat dengan
kontrovensi lebih kurang macam papagomo tapi papagomo menulis tanpa fakta dan
ilmu. Banyak posting si Zaharin agak menarik
dibaca dan kontrovensi.
Datuk Zaharin difahami telah dibiayai
oleh satu kumpulan UMNO yang terpencil dalam politik semasa kini kerana
UMNO lebih cenderung kepada MUAFAKAT NASIONAL (MN)
Kumpulan
terpencil ini agak tidak selesa UMNO-PAS berbaik kerana ada banyak
kawasan nanti UMNO terpaksa membahagikan kerusi dengan PAS bagi mencapai
matlamat dalam PRU-15 nanti.
Oleh itu hubungan MN perlu
diretakkan. Salah satunya ialah menyebarkan maklumat kononnya ada usaha
memecahkan UMNO daripada dalam.
Maka wujudlah ‘Grand Design’ C5
Mereka
mencipta komonnya Kumpulan C5 terdiri dari pemimpin Bersatu dan Pas
biarpun parti itu tidak pernah menyatakan terlibat dalam rancangan
tersebut. Kononnya C5 ini melibatkan ahli Pas juga di dalam itu dengan
satu grand design untuk membunuh Umno.
Mereka cuba mengaitkan PAS berdasarkan logik kononnya Pas asyik sibuk mempertahankan dan menyokong PM dan BERSATU.
Datuk
Zaharin membuat tuduhan kononya 5 pemimpin yang terlibat dalam C5 ini
ialah Azmin Ali, Hamzah Zainuddin, Takiyuddin Hassan, Fazilah Yusof dan
Hishamuddin Hussein.
Selain daripada Datuk Zaharin, puak terpncil UMNO ini disertai oleh Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan juga Lokman Nor Adam.
Mereka
juga membiayai beberapa orang penulis termasuk daripada bekas penulis
Harakah yang keluar parti PAS yang kini bekerja dengan laman
MALAYSIADATELINE- MINDA RAKYAT.
Nasir Ramlee - nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89
MR : Dalam UMNO ada banyak kumpulan, kumpulan yang tak senang dengan MN kerana tergugat tak boleh jadi calon akan cuba gagalkan MN



Tiada ulasan:
Catat Ulasan