HALAMAN SANTAI

Ahad, 22 November 2020

Pujuk Musa Aman bantu pulih ekonomi Sabah

Nizam Zain
Datuk Zulkarnain Mahdar
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar. foto FAREEZ FADZIL

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Sabah digesa melantik Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Majlis Penasihat Ekonomi Sabah bagi membantu untuk memulihkan ekonomi negeri itu yang terjejas teruk sejak pemerintahan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, pengalaman Musa yang luas dalam ekonomi sangat diperlukan ketika ini memandangkan keadaan ekonomi agak tenat diburukkan dengan pandemik Covid-19.

“Kerajaan Negeri Sabah yang baharu ini juga diharap dapat memujuk Tan Sri Musa Aman untuk mengetuai majlis penasihat yang baharu ini.

“Sepanjang dua tahun Warisan mengambil alih Kerajaan Negeri Sabah daripada Barisan Nasional (BN) yang lalu kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri telah menjunam ke para terendah di Malaysia.

“Ketika Musa mengepalai pentadbiran negeri, KDNK Sabah tertinggi di Malaysia pada kadar 8.2 peratus dan selepas Warisan mengambil alih, KDNK terus menjunam ke paras 1.5 peratus pada 2018 dan 0.5 peratus pada 2019,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kerajaan Negeri Sabah memerlukan perancangan ekonomi terbaik untuk memulihkan semula ekonominya dan kepakaran Musa perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

“Ketokohan Musa Aman apabila berjaya mengumpulkan rizab kewangan untuk Kerajaan Negeri Sabah sebanyak RM3 billion hanya kurang dari 10 tahun semasa beliau memimpin Sabah.

“Musa telah menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003, waktu itu rizab kewangan Sabah hanya berada RM180 juta dan kurang dari 10 tahun rezab kewangan tersebut berjaya dikumpulkan oleh Musa.

“Pencapaian luar biasa Musa turut mendapat pengiktirafan mendapat sijil tanpa teguran selama 15 tahun berturut-turut dan mendapat pengiktirafan angerah “Triple-A” di atas urus tadbir kewangan yang baik oleh Jabatan Audit Negara,” katanya.

Antara pencapaian Musa sebelum ini ialah rizab kewangan Sabah mencecah RM3 billion selepas hanya 180 juta semasa mengambil alih jawatan Ketua Menteri daripada Kah Kiat.

Beliau turut mewujudkan Kilang Pusat Pemprosesan Minyak Sawit POIC) yang terbesar di Malaysia telah dibina di Lahad Datu, pusat pemprosesan minyak gas Kimanis dan Sipitang, Pusat Konvensyen Dunia berdekatan Kastam, Mahkamah Majistret Baharu Kota Kinabalu, Hospital UMS yang sedang dibina bernilai RM652 Juta dan Jalan Lebuhraya Pan-Borneo. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: