KUALA LUMPUR – Langkah bekas Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar yang meninggalkan partinya hari ini dipersoalkan Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
Beliau mendakwa alasan Ahli Parlimen Kuala Langat itu yang berkata kecewa dengan parti adalah retorik semata-mata.
“Senang cerita, kalau Xavier Jayakumar ini tak salah steady sahaja lawan tuduhan. Tapi kalau menyerah kalah itu maksudnya apa?
“Soal kecewa dengan parti itu retorik je. Betul tak? Ho… #dahsyat!,” tulisnya di Twitter hari ini.
PKR hari ini dikejutkan dengan keputusan Xavier yang mengumumkan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan