Astro Awani
Datuk
Seri Anwar Ibrahim mendakwa, pihak kerajaan memberi tekanan dan ugutan
untuk menarik sokongan Ahli-ahli Parlimen pembangkang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Selepas dua Ahli Parlimennya meninggalkan parti dan menyatakan sokongan
kepada Perikatan Nasional (PN), Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
tetap mendakwa gabungan pembangkang masih memiliki jumlah sokongan yang
diperlukan.
Anwar juga mendakwa, Pakatan Harapan (PH) yang diterajuinya mempunyai jumlah sokongan yang melebihi berbanding PN.
"Dengan
dua yang lompat ini dia masih minoriti. Saya nak tekankan jangan salah
faham, dia masih minoriti, jauh jumlahnya kecil banding dengan kita,"
katanya kepada pemberita di Port Dickson, pada Selasa.
Ahad
lalu, dua wakil rakyat PKR, Larry Sng dan Steven Choong, masing-masing
Ahli Parlimen Julau dan Ahli Parlimen Tebrau berpaling tadah dan
menyatakan sokongan terhadap PN.
Sokongan
Larry dan Steven itu menggantikan dua Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri
Mohammed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Jazlan Yaakob yang menarik sokongan
terhadap PN pada bulan Januari.
Anwar mendakwa, pihak kerajaan memberi tekanan dan ugutan untuk menarik sokongan Ahli-ahli Parlimen pembangkang.
"Ada
tekanan-tekanan lain. Saya dapat maklumat, jutaan ringgit digunakan
tetapi kalau nampak tidak boleh guna agensi penguatkuasa.
"Saya nak tekankan, tidak ada masalah kalau SPRM atau LHDN berhak untuk meneruskan tindakan kepada pembangkang dan kerajaan.
"Tetapi menteri-menteri yang mewah pun begitu rupa yang kita tahu cukup mewah kehidupannya kenapa tidak disentuh?
"Jangan
guna ini sebagai tarik tali untuk menekan mereka supaya melompat kepada
parti lain, ini paling tidak beretika," katanya lagi.
September lalu, Anwar mendakwa mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan untuk membentuk kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan