Abd Razak Mohd Ali
Abdul
Aziz Bari menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat beliau di Ibu
Pejabat Daerah (IPD) Ipoh pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
IPOH:
Naib Pengerusi DAP Perak, Abdul Aziz Bari membuat laporan polis
berhubung satu poster kononnya beliau dan DAP punca kalimah Allah
digunakan oleh bukan Islam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Ipoh di sini, pada Sabtu.
Abdul
Aziz berkata, beliau menerima maklumat mengenai poster itu daripada
pegawai medianya ketika berada di rumahnya sekitar pukul 10 malam tadi.
Menurutnya,
beliau membuat laporan itu untuk meminta pihak polis menyiasat siapa di
belakang penularan poster itu yang turut mengaitkan Syahredzan Johan
dan Dr Azmi Sharom.
“Saya menjangka isu
ini akan terus panas sebab sudah ada pihak yang memainkan isu ini dalam
Facebook dan sebagainya,” katanya kepada media selepas membuat laporan
polis itu.
Poster yang tular di media
sosial itu turut mengaitkan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Rayuan,
Datuk Nor Bee Ariffin menggunakan afidavit-afidavit ketiga-tiga
pemimpin DAP itu.
Abdul Aziz menegaskan,
DAP tidak terlibat dalam kes itu kerana beliau mengemukakan afidavit
mengenai perkara itu kira-kira lima tahun lalu atas kapasitinya sebagai
pakar Perlembagaan.
Sehubungan itu,
beliau berharap isu ini dapat ditangani dengan baik dan yang lebih
penting agar tidak ada pihak yang meletakkan undang-undang di tangan
mereka sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan