Bernama
Mohamad
berkata, lebih 100 bahagian menggesa supaya UMNO tidak
meneruskan
kerjasama dengan Bersatu dan ia bukannya keputusan
perseorangan. -
Gambar fail/Astro AWANI
SEREMBAN:
Keputusan UMNO menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak dipengaruhi
mana-mana individu, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad
Hasan.
Mohamad berkata, lebih 100
bahagian menggesa supaya UMNO tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu
dan ia bukannya keputusan perseorangan.
"UMNO
satu parti yang matang. Penolakan itu bukan kerana sesiapa. UMNO tidak
lagi bersama-sama Bersatu semasa pilihan raya nanti.
"Ia
bukan keputusan seorang dua tetapi keputusan daripada lebih 100
bahagian, jadi tidak timbul isu dipengaruhi sesiapa," katanya selepas
mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional Negeri
Sembilan, yang turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Rafiei
Mustapha.
Beliau mengulas kenyataan bekas
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa yang
mendakwa, UMNO kini seperti sudah berada di bawah pengaruh Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam
pada itu Mohamad berkata, UMNO kekal dengan pendirian bekerjasama
dengan Pas untuk mengukuhkan Muafakat Nasional (MN), susulan gesaan
lebih 100 bahagian untuk terus memperkasakan MN.
Sementara
itu Rafiei berkata, Pas berpegang pada prinsip memperkukuh MN dan
mempertahankan Perikatan Nasional, dan mengambil sikap sebagai
pengantara sekali gus membentuk kerjasama dalam kalangan Melayu Islam.
"Kami
di peringkat negeri akan melaksanakan apa yang diputuskan Pas pusat,
dalam mesyuarat tadi, kami bersetuju menubuhkan pasukan petugas bagi
melaksanakan program bersama UMNO di peringkat negeri, bahagian dan
kawasan," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan