HALAMAN SANTAI

Ahad, 7 Mac 2021

Kurang bijak UMNO tolak kerjasama dengan Bersatu, PN – Kamarul

Manzaidi Mohd Amin
MG061219_PERHIMPUNAN-AGUNG-UMNO23
Segala keputusan parti sepatutnya dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Tindakan UMNO mengutus surat memaklumkan parti itu tidak akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dianggap sebagai kurang bijak.

Ini kerana, banyak perkara yang lebih spesifik berlaku dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 19 Februari lalu perlu dimaklumkan lebih jelas jika hendak menyatakan secara rasmi menolak dari bekerjasama dengan rakan gabungan.

Penganalisis politik yang juga pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 sebab mengapa pemakluman UMNO tidak akan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini kurang bijak.

MGF11042017_IKSIM02-1
Dr Kamarul Zaman Yusoff

Pertamanya, kata beliau, UMNO tidak menyatakan apa keperluan atau tujuan keputusan Mesyuarat MT di Janda Baik, Pahang itu dimaklumkan oleh Presidennya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Februari 2021.

2. Tidak dinyatakan secara spesifik, dalam bentuk jumlah undian yang diperolehi contohnya, bagaimana keputusan Mesyuarat MT pada 19 Februari lalu itu dibuat atau terhasil.

3. Tidak dinyatakan secara spesifik asas-asas, contohnya dari sudut politik dan dari sudut syarak, yang menyebabkan keputusan mesyuarat berkenaan dibuat atau terhasil.

4. Pemakluman itu sepatutnya ditangguhkan dahulu sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat oleh para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang bakal diadakan pada 28 Mac ini.

5. Pemakluman ini sepatutnya ditangguhkan dahulu sehingga keputusan yang sama mengenainya dibuat oleh Majlis Tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, iaitu MCA, MIC dan PBRS.

6. Keputusan ini sepatutnya disertakan dengan pemberian syarat-syarat spesifik tertentu yang wajib dipenuhi oleh Bersatu sekiranya parti itu mahu UMNO bekerjasama dengannya dalam PRU15.

7. Keputusan itu juga sepatutnya ditangguhkan dahulu sehingga benar-benar terbukti bahawa Parti Bersatu gagal memenuhi kehendak-kehendak UMNO, khususnya di dalam rundingan agihan kerusi PRU15.

8. Memaklumkan sekarang bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15, tetapi masih kekal dalam kerajaan, akan memberi masalah kepadanya untuk mendokong dasar kerajaan.

9. Memaklumkan sekarang bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan memberi kelebihan kepada pihak yang menguasai kerajaan mengatur gerak kerja bagi menanganinya.

10. Memaklumkan sekarang bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan memberikan persepsi di kalangan masyarakat umum bahawa UMNO adalah anti penyatuan Melayu. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: