Adie Sufian Zulkefli

Menurut
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Pas
sedia
bekerjasama dengan semua pihak yang bersedia menyokong aspirasi
kerajaan
Perikatan Nasional (PN). - Gambar fail/Astro AWANI
KANGAR:
Meskipun UMNO memutuskan untuk tidak mengadakan kerjasama dengan
Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun Pas tidak berputus
asa membina muafakat bagi ketiga-tiga parti.
Menurut
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Pas sedia
bekerjasama dengan semua pihak yang bersedia menyokong aspirasi kerajaan
Perikatan Nasional (PN).
"Tapi
dari segi muafakat dan kerjasama, kita yakin kita boleh berunding dan
insya-Allah kita sentiasa ada hubungan baik dengan UMNO.
"Dan dengan perbincangan-perbincangan tersebut, saya yakin kita mampu bina muafakat yang baik," ujarnya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Menandatangani
Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri
Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, pada Khamis.
Tuan Ibrahim berkata, jawatankuasa rundingan masih berjalan, di mana Pas mempunyai hubungan erat dengan UMNO.
Malah,
katanya banyak kajian sebelum ini menggambarkan pertandingan tiga
penjuru pada PRU15 memberi peluang Pakatan Harapan (PH) bangkit semula.
Menerusi laporan Astro AWANI semalam, UMNO mengesahkan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15.
Dalam
satu kenyataan pada Rabu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan
berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat MKT di Janda Baik, 19
Februari lepas, seperti yang dilaporkan beberapa media.
Selain
itu, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, UMNO turut berpendapat
kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga
pembubaran Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan