Astro Awani
Difahamkan
DAP dan Amanah meletakkan syarat kerjasama yang dirintis PKR
dengan
UMNO mestilah tidak melibatkan kumpulan yang dilabel 'kluster mahkamah'
yang ditentang ketika PRU14 lalu.
KUALA LUMPUR:
Perbincangan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO ke arah untuk
mengelak pertembungan di antara satu sama lain di kerusi yang sedang
diwakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapor portal Malaysiakini.
Laporan
yang memetik sumber itu menjelaskan, persefahaman untuk mengelak
berlaku pertembungan antara kedua- dua parti itu dibuat menjelang
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijangka diadakan tahun ini.
"Sudah pasti ini dibuat untuk mencari jalan agar tiada pertembungan (di kerusi Bersatu)," kata sumber tersebut.
Kedua-dua
parti iaitu PKR dan UMNO yakin jika pertembungan di kawasan yang
ditandingi Bersatu berjaya dielakkan, peluang untuk mereka merampas
kembali kerusi tersebut akan menjadi lebih cerah dan sekali gus
menyukarkan Bersatu mempertahankan kerusi mereka.
Namun
setakat ini tidak dapat dipastikan persefahaman sebegitu akan diperluas
ke kerusi yang sebelum ini milik UMNO namun kini diwakili PKR antaranya
seperti parlimen Johor Bahru dan Tangga Batu.
Bagaimanapun,
menurut sumber Pakatan Harapan (PH), mandat yang diberikan kepada PKR
untuk berunding dengan UMNO hanya terhad kepada kerjasama bagi
mendapatkan semula Putrajaya pada waktu sekarang, bukannya untuk PRU
ke-15.
Malah pemimpin DAP dan Part Amanah
Negara (Amanah) menegaskan kerjasama dengan UMNO mestilah tidak
melibatkan kumpulan yang dilabel 'kluster mahkamah' yang ditentang
ketika PRU14 lalu.
Desas-desus
perbincangan antara beberapa pemimpin PKR dan UMNO tersebar sejak tahun
lepas dan disebut sebagai penjajaran baharu politik selepas UMNO
dilaporkan tidak berpuas hati dengan Bersatu.
Namun, sehingga kini belum ada pengesahan rasmi tentang rundingan antara kedua parti tersebut.
Segelintir penganalisis politik berpendapat bahawa tidak ada parti yang akan memperolehi majoriti selepas PRU15 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan