HALAMAN SANTAI

Sabtu, 20 Mac 2021

PRU15 era politik muafakat – Annuar Musa

MGF06012021_PC-ANNUAR-MUSA_06-1
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional, Tan Sri Annuar Musa bercakap pada sidang media khas di Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang merupakan situasi yang menarik untuk dihayati.

Annuar menjelaskan PRU15 itu akan memperlihatkan pelbagai strategi dan formula digunakan oleh semua parti politik semata-mata untuk memenangi pilihan raya.

“Menarik politik semasa. Masing-masing ada pilihan strategi masing masing. Ada juga tak ikut strategi, tapi ikut MAZHAB POLITIK.

“Formula utk menang ni berbeza dari seorang ke seorang.

“Formula mana lebih menjamin BN menang di situ..BN SOLO?..BN-PN?..BN-PKR?.BN-DAP?..BN -PH..
Saya boleh ramal utk KETEREH..BN-PN,insyaallah menang selesa,” katanya dalam Twitter beliau hari ini.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Barisan Nasional (BN) itu berkata, PRU15 kali ini mencerminkan era politik muafakat.

Menurut beliau, ia jelas diperlihatkan dalam tiga kaji selidik yang diterajui beliau untuk 160 daripada 222 Parlimen.

Kajian sejak April 2020 itu, katanya, memihak kepada politik muafakat.

Tiada ulasan: