Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mendesak Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan perkara itu.
UMNO dijadual membincang untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada Januari tetapi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ditunda berikutan lonjakan kes Covid-19 dan pengisytiharan darurat.
Sebelum itu, 147 dari 191 bahagian Umno telah meminta parti itu menarik kerjasama dengan Bersatu. Majlis Tertinggi Umno kemudian mengatakan bahawa parti itu akan membuat keputusannya pada PAU.
Dalam satu kenyataan hari ini, Tengku Razaleigh berkata anggota Majlis Tertinggi mesti mengikut kehendak 147 bahagian tersebut.
“Mereka harus memilih untuk menolak kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan ketua pemerintah Perikatan Nasional,” katanya.
Oleh itu katanya, Majlis Tertinggi Umno mesti meminta semua Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menolak kepemimpinan Muhyiddin sebelum Parlimen bersidang.
Keputusan di AGM untuk menarik sokongan Bersatu hampir pasti akan menyebabkan kejatuhan kerajaan PN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan