HALAMAN SANTAI

Ahad, 14 Mac 2021

Tiada lagi kerusi tradisi, Gerakan mahu pastikan PN menang – Dominic

MGF13032021_AGM-GERAKAN11
Presiden Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai menyampaikan ucapan pada Persidangan Perwakilan Nasional Ke-49 Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Menara PGRM, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL

KUALA LUMPUR – Tiada lagi kerusi tradisi mahupun otai kawasan bagi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sebaik sahaja menganggotai Perikatan Naisonal (PN) pada 11 Februari lalu.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau menjelaskan, parti itu menyerahkan soal kerusi baik peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada pucuk pimpinan PN.

Sebaliknya Gerakan telah berikrar untuk memastikan mana-mana calon PN yang bertanding dalam PRU-15 akan datang menang dengan selesa.

“Tugas pertama yang menjadi keutamaan bagi kita ialah memastikan PN menang dalam PRU-15.

“Saya pun telah beri arahan kepada semua lapisan pemimpin-pemimpin Gerakan sama ada Negeri dan Bahagian bahawa semua kerusi dan kedudukan, kita serahkan kepada PN untuk memutuskannya.

“Selepas ini kita tidak lagi bercakap soal kerusi lagi, sudah tentu kita serahkan kepada PN pusat membuat keputusan. Walaupun kita dalam PN pusat tapi semua keputusan itu akan dibuat oleh Majlis Presiden PN,” katanya pada sidang media di Menara PGRM, hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri yang juga Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Ke-49 Gerakan secara maya di ibu pejabat Gerakan di Menara PGRM hari ini.

Hadir sama Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong.

Tiada ulasan: