HALAMAN SANTAI

Rabu, 9 Jun 2021

PAS lapor polis dakwa portal pro pembangkang fitnah MB Terengganu

Setiausaha Politik Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Muhyiddin Abdul Rashid membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita hari ini. 
 
PAS Terengganu hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita pro pembangkang berhubung artikel yang mendakwa kedudukan Menteri Besar Terengganu yang tersepit antara masalah dengan istana dan usaha pimpinan lain dalam parti itu untuk mengambil alih tempat beliau.

Setiausaha Politik Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Muhyiddin Abdul Rashid berkata beliau membuat laporan polis itu setelah mendapati kandungan berita berkenaan bersifat fitnah, tidak benar dan berniat jahat terhadap kredibiliti Ahmad Samsuri.

Katanya, antara laporan portal berkenaan hari ini antara lain menyebut kedudukan Menteri Besar Terengganu kini tersepit antara masalahnya dengan pihak istana dan juga usaha lain dalam PAS untuk mengambil alih tempat beliau.

Laporan itu juga katanya menyebut: 

Satu barang ‘Surat Akuan Berkanun’ sudah disediakan untuk membolehkan Ahli Dewan undangan Negeri (Adun) Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan mereka menolak Datul Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar.”

“Saya mendapati kandungan berita sebagaimana dilaporkan oleh Malaysia dateline.com adalah bersifat fitnah, tidak benar, tidak betul dan berniat jahat terhadap kredibiliti YAB-Menteri Besar Terengganu,” katanya.

Muhyuddin berkata portal berkenaan juga menuduh Ahmad Samsuri tidak mengurus dan mentadbir negeri sepanjang tempoh perisytiharaan darurat dengan baik dan tidak mengutamakan kebajikan dan kepentingan rakyat di sepanjang musibah penyakit Covid-19

Katanya, beliau percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dan mencari sokongan politik murahan dalam keadaan kerajaan negeri dan rakyat sedang menghadapi ancaman bahaya virus Covid-19.

“Saya berkepercayaan penuh bahawa ada pihak yang mahu menimbulkan keresahan, kekalutan dan huru hara di kalangan rakyat dengan membuat hasutan seumpama ini bertujuan membina prasangka buruk bagi menimbulkan kebencian yang memuncak di kalangan rakyat terhadap kerajaan yang dipilih secara demokratik,” katanya.

Tiada ulasan: